cara elak bersalam dgn bukan muhrim
Sering kita hadapi situasi di mana kita secara ‘tradisinya’ perlu untukberjabat (atau bersalaman) dengan golongan bukan muhrim. Contohnya seperti,
1. Bila menerima sijil atau anugerah,
penyampai anugerah itu bukan muhrim,
dan dia menghulurkan tangan.
2. Bila kita melawat rumah orang, dan
tuan rumah menghulurkan tangan.
3. Bila tetamu datang, dan dia
menghulurkan tangan.
Dalam semua kes, kita menghadapi
dilema apabila orang yang bukan muhrim
menghulurkan tangan untuk berjabat.
Kita mesti terfikir “alamak knape dia
hulur ni”, dan kita perlu membuat
split second keputusan samada mahu
salam untuk menyenangkan hati dia,
atau enggan salam untuk menjaga
hubungan dengan Allah azza wa Jalla.
Tetapi jangan kalau dia tak hulur,
kita hulur pula!!
Ini adalah beberapa tips saya mahu
kongsi bersama untuk mengelakkan kita
berjabat tangan dengan bukan muhrim.
1. Apabila mendekati tetamu, letakkan
tangan di belakang anda. Ini merupakan
signal pertama bahawasanya kita tidak
mahu bersalam.
2. Tetapi jika dia tetap hulur, kata
kat dia “maaf tuan/puan, saya ada air
sembahyang” (walaupun takde wudhu’,
bantai je ckp, lebih baik tipu demi
menjaga kesucian kita)
3. Selalunya dia kata “owh it’s ok”.
4. Tetapi jika dia tetap berdegil,
kata kat dia “tak nak!!” (kpd sesiapa
yang berani sahaja)
5. If not, kalau terdesak sangat,
panjangkan lengan baju sampai menutupi
tangan, dan salam lah.
Ini merupakan beberapa langkah untuk
mengelakkan berjabat tangan secara
BERHIKMAH. Tetapi kalau anda seorang
yang sangat kuat imannya, boleh juga
elak jabat+dakwah dia terus.
“Maaf tuan/puan, HARAM!”
Bergantunglah kepada keupayaan kita
ya.
Semoga kita dapat mengaplikasikan cara
ini demi ALLAH ta’ala.
Ukhwah fillah Abadan abada!!
Artikel ini diambil daripada medical student group, bagus untuk dikongsi bersama.
Alhamdulillah sekarang ni dah jarang berhadapan situasi macam ni (sebab jarang naik pentas amik hadiah kot :p)..taktau plak next time tibe2 je patient nak salam dgn kite….certain Dr akan elicit findings masa salam..feel the palm either it is warm, cold, dry or moist, look for palllor, and other findings of hand..bleh tak kita guna taktik ni?patient igt kita salam, tapi sebenarnya dlm kepala tgh interpret findings….hehe (midst)
November 27th, 2008 at 8:22 am
biasanya bagi perempuan, tangan kanan akan diletakkan di bawah bahu kiri sambil menundukkan badan. biasanya saya lihat begitu.
-sekadar menambah-