"Sebenarnya setiap hari kita belajar sesuatu..sedar atau tak, sebenarnya cara pemikiran kita yg mempengaruhi our learning process…hal ini tidak terhad dlm bidang akademik sahaja…let’s share!jadikan hari ini lebih baik dari semalam!" -midst-
sbg contoh mudah, pernahkan anda menggoreng kacang tanah?samada utk dimakan bersama nasi lemak, soto atau untuk dibuat biskut kacang @ mazola?
(isu menggoreng kacang ni agak sensitif di kalangan kawan2ku..peace)
adakah anda akan goreng kacang sampai kelihatan warna garing?hanya org yang pernah goreng kacang sahaja boleh estimate dah garing ke belum..if first time dah hangit, jangan depress plak..tambah plak klu masak dgn kawan2 yang overestimate kebolehan anda memasak..mmg la jadi bahan lawak..but be a positive thinker…that’s what we call experience..
next time should be better.. biasa la buat silap..sedangkan org jual nasi lemak pon kdg2 jual kacang hangit..hihi(",)
27th February 2008
Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita? Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya ‘just nice’.
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik?
Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui?
Bukankah Allah itu Maha Bijaksana?
Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.
Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.
(adaptation from in the midst of nowhere)
Seperti biasa, klas radiology dgn dr noreen sarat dgn message-message yg panjang lebar..selaku penolong penggawa, dr noreen concern hal2 student ni..tapi bile dia tanya, pasal hanif tadi..aku terigt adik hanif kat ICU (spastic quadriplegia) sbb diorg tgh present cerebral palsy..rupe2nye dr noreen maksudkan hanif, budak batch kitorg yg accident last year….
Bila kita diuji seringkali kita rasa terlampau berat ujian tu..merintih,
mengeluh..tapi skali sekala kita patut tengok keadaan mereka yg jauh hebat diuji dari kita..macam adik hanif, best tau klu gi lawat dia..he still can smile, buat muka cute klu nak geletek kaki dia..(hehe penderaan ke atas budak yg xmampu menggerakkan kaki dan tangan-spastic quadriplegia)..suka tgk respons dia especially klu kita tgk patient bed sebelah..dia sibuk buat bunyi2 yg sukar diterangkan di sini, isyarat panggil kite gi bed dia..setakat ni dah 5 tahun dia jadi penghuni tetap ICU..
last week, kitorg gi ziarah kawan..she accidentally fall at netballcourt, sustained closed comminuted fracture at head of radius, kena masuk emergency list operation theatre..
bila ziarah kawan tu rasa simpati tgk keadaan dia..di kala nak dkt exam ni jadi plak mcm tu..benda nak jadi, nak wat camne kan..di sebalik kejadian ni, rasa bersyukur sgt sbb selama aktif netball atau olahraga tak pernah injured sampai kena warded..abis teruk pon ankle sprain, cramp..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(ayat 216, Surah Al-Baqarah)